tg.najihah
6 tahun
Semput dada sebelah kiri
Saya wanita berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya merupakan seorang pelajar. Sejak seminggu ni saya kerap sakit dada sebelah kiri. Ketika saya menarik nafas seolah nafas saya tidak lepas. Ketika saya bergerak saya merasakan tidak selesa di dada sebelah kiri saya dan begitu juga ketika saya baring untuk tidur dan bangun tidur . Adakah dikaitkan dengan pencemaran jerebu yang menular dikawasan tempat saya tinggal sekarang atau saya ada masalah organ dalaman. Mohon pencerahan Doktor. Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami terutamanya sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































