
Sulit
4 tahun
Semput dah putus nfas
Saya asyraf umur33thn sering terhenti nafas masa hendak melelapkan mata…seblom hendak terlena dan kadang2 semput mcm singkt nafas…skrng dah 3 4 hari dah jari ank kaki kebas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sesak nafas ketika hendak baru tidur
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.