Sulit
3 tahun
Semput selepas mandi waktu malam
Hai doctor. Nama saya Wani. Saya nak tanya, kenapa ya kadang-kadang lepas saya mandi pada waktu malam, saya akan semput, susah nak tarik nafas?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera Wani, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, tiada masalah untuk mandi pada waktu malam. Namun begitu, berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Cuaca sejuk
- Serangan asma
- Alahan kepada debu
- Allergic rhinitis
- Radang sinus (sinusitis)
- Masalah jantung
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.