
Sulit
3 tahun
Senak dada dan belakang badan sejak dari pagi tadi.Sudah pergi ke klinik desa namun masih lagi sakit
Saya umur 34tahun…tiba² rasa senak didada dan belakang badan.tidak melakukan aktiviti yang melibatkan bebanan yang berat

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan dan ketidakselesaan anda tentang masalah sakit dada (terasa senak) dan belakang badan yang dialami. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang
- Kesan dari melakukan aktiviti fizikal yang terlalu intensif
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor atau doktor pakar dengan kadar segera seperti:
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.