
Sulit
3 tahun
Senak di dada kanan atas
Sy lelaki berumor 30 tahun sy ingt tahu kenapa sy kadang2 rasa tidak selesa di dada dan bhagian ketiak kanan rasa pedih senak mcm pedih ulu hati rasa die ade masa je die dtg bkn selalu doctor

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- refluks asid perut
- keradangan tulang rusuk
- kecelaruan atau keresahan
- kesan sampingan ubat ubatan
- batu hempedu
- pancreatitis/hepatitis
- perikarditis
- pneumonia
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.