khairulizwan7879
3 tahun
Senak/sakit di bahagian tulang rusuk kiri
Saya lelaki berusia 28 tahun. Penghidap hyperthyroidism. Mula makan ubat thyroid sejak 5 bulan yg lalu. Tapi semenjak makan ubat, saya kerap mengalami cramp di seluruh badan secara random. Selepas beberapa bulan saya dah terbiasa dan anggap kesan sampingan daripada ubat thyroid. Sekarang, saya kerap rasa sakit di bahagian badan (terutamanya di bahagian tulang rusuk kiri dan dada)which saya suspect angin dalam badan. But what do I know? Minta penerangan lebih lanjut.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada tulang rusuk anda boleh disebabkan:
- Kesan ubat anda - ubat carbimazole berkemungkinan menyebabkan iritasi pada perut
- Radang tulang rusuk
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Kekurangan vitamin D dan kalsium akibat kurang sangat hormon tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























