
Sulit
4 tahun
Sendawa busuk dan cirit
saya perempuan,umur 34thn,saya alami sendawa busuk dan cirit birit sudah 3hari…dan sekarang anak saya turut mengalami sendawa busuk dan cirit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman
- Gastritis
- Gastroenteritis
- Demam tifoid
- Masalah pada usus seperti “bowel obstruction”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.