
Sulit
4 tahun
Sendawa dan Buih Keputihan / Frothy Mucus
Saya berumur 30an dan kerap sendawa / burping tidak kira sebelum ataupun selepas makan dan ia terjadi lebih kurang satu tahun yang lalu … Selepas sendawa / burping … ada lendir / mucus berbuih keputihan yang jelas kelihatan … Ada saya Google secara Online dan ia mungkin disebabkan GERD ataupun Asid Refluks … Kalau betul GERD / Asid Refluks … Apakah yang perlu saya lakukan ataupun makan untuk pulih? Kadang kala tekak pun kering disebabkan sendawa banyak sangat … Takut pula jadinya … Ubat apa yang perlu saya makan untuk pulih? Tq …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sendawa.
Untuk makluman anda, sendawa boleh terjadi apabila badan cuba untuk mengeluarkan gas. Sekiranya gas tidak dikeluarkan, ia akan menyebabkan kembung perut berlaku. Antara sebab sendawa adalah :
- makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit.
- penyakit refluks ( GERD )
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk merawat sendawa :
- elakkan makan dan minum secara terburu buru
- kurangkan merokok sekiranya anda perokok
- elakkan minuman berkarbonat
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.