
azrynezray
5 tahun
Sengal Tulang Yang Berpanjangan
Saya wanita, Usia 43 tahun. masih bujang. kerja pengkeranian. Masa muda suka aktiviti luar rumah dan sukan lasak. Kini, saya selalu rasa sengal-sengal tulang di seluruh tubuh terutama tangan kanan dan kaki kedua-dua belah. Makin teruk jika cuaca sejuk. Sengal yang menyakitkan dan agak lama merasainya. Skrg juga sudah menghidap kencing manis, darah tinggi dan alergik anaflaksis. Apakah kerana makan ubatan berpanjangan tulang saya menjadi lenguh begini? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada tulang
- Keradangan otot, tulang rawan dan tulang
- Trauma
- Kurang mineral ataupun kalsium
- Sakit yang menyebabkan saluran darah ke tulang terganggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.