
Sulit
4 tahun
Senggugut dan air bergas
hai. saya sering mengalami senggugut ketika haid. tetapi apabila saya minum minuman bergas, senggugut saya beransur pulih. setiap kali saya senggugut air gas dapat kurangkan kesakitan senggugut. adakah bahaya tindakan saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menunjukkan air bergas dapat mengurangkan sakit haid. Air bergas boleh menyebabkan perut kembung dan menerukkan perut kembung yang sedia ada akibat haid. Selain itu, tiada juga kesan sampingan minum air bergas semasa haid yang dilaporkan kecuali yang dinyatakan sebelum ini.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.