
Sulit
4 tahun
Senggugut dan bedarah sedikit selepas bersama suami
Saya bekas pesakit kanser pangkal rahim stage 2,dan telah menjalani kimoterapi radioterapi dan hdr pada tahun lepas…selepas menjalani rawatan saya tiada pendarahan bersama suami…beberapa hari lepas saya melakukan hubungan bersama suami,setiap kali bersama mesti rasa senggugut dan bedarah sedikit…boleh doktor terangkan masalah yang saya hadapi…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, pendarahan yang anda alami itu dikenali sebagai post-coital bleeding dan senggugut itu dikenali sebagai dyspareunia di mana seseorang wanita berasa tidak selesa atau sakit ketika melakukan hubungan.
Terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Cervicitis (radang pada pangkal rahim)
- Jangkitan kelamin (Sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (Pelvic inflammatory diseases)
- Faraj yang kering
- Kecederaan pada dinding faraj atau pangkal rahim
- Kanser rahim atau pangkal rahim
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu beri perhatian kepada masalah ini dan berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.