Sulit
3 tahun
Senggugut dan sakit pinggang selepas haid
saya wanita berumur 20 tahun dan tidak berkahwin lagi, saya habis period pada hari ahad haritu kemudian setelah beberapa hari saya mengalami senggugut dan sakit pinggang walaupun sesudah haid… adakah ianya normal?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan maklumat yang diberi, kami memahami kebimbangan anda kerana mengalami sengugut yang tidak serentak dengan waktu haid. Untuk makluman anda, kondisi ini dikenali sebagai secondary dysmenorrhea iaitu sengugut pada waktu selepas tempoh haid.
Gejala ini mempunyai petanda yang mungkin berisiko kepada masalah reproduksi wanita seperi fibroid dan endometriosis. Walaubagaimanapun, risiko ini tidak mempunya peratusan yang tinggi untuk menjangkakan ia bakal berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan dengan kadar segera jika kondisi ini semakin teruk atau terlalu lama. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.