
Sulit
5 tahun
Senggugut, darah period sikit
Saya berumur 21 tahun. Haid datang sewaktu saya berumur 12 tahun dan haid saya datang seperti biasa setiap bulan dengan tempoh 6-7 hari (kitaran 28). Ketika berumur 18 tahun saya mula senggugut hampir setiap bulan sehingga sekarang. Saya akan mengalami senggugut 1-3 hari ketika haid. Akan tetapi, sudah 3 kali saya period senggugut dan darah yang keluar hanya sedikit sahaja. Tempoh haid saya juga bertambah 8-10 hari. Adakah ia normal atau berpenyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis (normal, bukan penyakit) dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Perdarahan haid yang normal seharusnya berlanjutan selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan anda mengalami haid yang melebihi 8 hari, disertai sakit (terutama sekiranya sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu), maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan perawatan lanjut. Sekiranya anda ke doktor pakar, silakan untuk merujuk doktor pakar wanita iaitu pakar obstetrik dan ginekologi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.