
Sulit
4 tahun
Senggugut setiap bulan yg teruk
Saya mengalami senggugut yg teruk start saya umur 18 tahun dan sekarang saya umur 20 tahun. Saya berasa sangat sakit selama 3 hari berturut2 setiap bulan. Saya juga berasa mual dan ingin berada dalam tandas sepanjang hari. saya malah tak mampu utk berjalan pun, mesti akan rasa nak pitam. Darah saya juga terlampau banyak dan berketul. Saya nak pergi ke klinik tapi ibu saya tak bagi sebab senggugut tu perkara biasa bagi setiap perempuan tapi saya tak pernah jumpa pun kenalan rapt saya yg mengalami sakit seperti saya. adik dan ibu saya pun tak sakit mcm ni. Boleh tak doktor bagi penerangan, adakah ini normal atau saya perlu ke klinik ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!