
nfateeha89
5 tahun
Senggugut tapi tak haid?
Sy dah delay period baru nak masuk 3 hari, hari ni.hari 1st delay period, sy alami senggugut ,cramp,letih,sakit pnggang,lenguh kaki, sakit kepala yg amat sgt.tetapi tiada darah haid yg keluar. seminggu sblm tarikh period ni (20.7.19),sy alami sakit2 dn xselesa di bahagian payudara dn nipple. dn ianya masih ada cuma berkurang.dan 1 lg sy perasan, setiap kali bgn pagi, sy rasa bdn sy panas mcm nk demam.hari kedua iaitu semalam, sama juga…mcm nak period tapi belum ada lagi.sebab biasanya senggugut sy hnya datang pada hari kedua period.cuma malam tadi, (21.7.19),ada lendiran keluar berserta warna coklat muda dn light red. mungkin nak period tp sy msh x pasti lg. jadi sy solat macam biasa.
Subuh tadi (22.7.19),hari ke 3 delay period, sy check tiada sebarang darah mahupun lendir.maka sy solat mcm biasa. dn tadi lepas solat zuhur, sy rasa ada lendiran tu lagi.dn kali ni ada cmpur light red, darah. dn mungkin sy dh nak period.huhu. sy ada check UPT pagi tadi, rasa mcm negative.sb line 1 lagi tu, nampak ada bekas cuma xnaik colour so wallahualam.
soalan saya, kenapa waktu sy senggugut tu darah x turun lagi?apa yg berlaku dan adakah harus saya risau?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdaasarkan keterangan yang anda berikan, cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Gejala-gejala lain yang anda berikan boleh berpunca daripada sindrom pra-menstruasi atau tanda awal kehamilan. Sekiranya ujian UPT anda negatif, anda boleh ulang semula ujian UPT dalam tempoh 1-2 minggu. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.