
mieraerman
5 tahun
Senggugut teruk seperti keguguran
Saya wanita usia 30an…dua ari ni saya mengalami pendarahan yang teruk semasa datang bulan…tidak seperti selalu…period sebelum ni memang tak regular…darah saya berketul ketul dan ada juga ketulan seperti daging…adakah saya mengalami keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid (senggugut) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim biasa dan melekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya anda mencurigai kehamilan, sebaiknya anda melakukan pemeriksaan sederhana seperti ujian air kencing (UPT) untuk menentukan status kehamilan anda. Hal ini kerana walaupun telah berlaku keguguran, tes kehamilan masih akan menunjukkan hasil positif sehinggalah 2 minggu setelah keguguran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.