
Sulit
4 tahun
Senggugut yang sangat sakit ketika awal period
Umur 42 telah menjalani pembedahan membuang ovari sblh kiri krn endometriosis tapi selepas itu bila saya datang haid. Saya akan mengalami sakit perut yg teramat sgt. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu senggugut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Berkenaan dengan keterangan anda bahawa anda telah menjalni pembedahan membuang ovari, berkemungkinan gejala yang anda hadapi ada hubungkait dengan sejarah tersebut. Namun begitu,
seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid sakit atau senggugut? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!