Sulit
6 tahun
Sengugut selepas suntikan depo
Saya wanita berumur 26 tahun dan baru sahaja melahirkan seorg anak. Selepas 6 minggu bersalin saya bercadang utk mengambil suntikan depo. Utk pertama kali suntikan selama 3 bulan saya hnya dtg period selepas suntikan. Pada bulan kdua dan ktiga sy tdk dtg period. Dlm tempoh tu saya cuma rasa sakit di bhgian perut sperti snggut. Dan pada suntikan prtama sy masih blm bersama suami. Skrg sy sudah amik suntikan yg kdua dan sy mgalami sakit sprti snggugut. Dan sdh bersama suami. Wlupun mgambil suntikan ttapi sy ttp mgunakan kaedah natural. Ttp saya takot jika mgandung. Soalan saya adakah pgmbilan depo ini boleh mybabkn rasa sakit di bhgian perut sprti period wlupun tidk period.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang digunakan untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Justeru, boleh dikatakan efek perancang dalam mencegah kehamilan, akan ada dan berfungsi di tubuh anda selama tempoh tersebut.
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































