
Sulit
4 tahun
Sensitif dengan bunyi bising
Saya wanita berusia 23 tahun. Sejak kebelakangan ni sya terlalu sensitif dengnnan bunyi bising, orang asyik bercakap. Saya rasa rimas, rasa nak marah bila orang buat bising. Sebelum ni saya okay je bila orang buat bising. Saya sekarang suka duduk bilik sorang2 tanpa bunyi bising baru saya rasa tenang. Adakah itu normal bagi orang yang umur macam saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami mungkin tidak boleh mengulas dengan tepat kerana tidak menilai tahap bunyi tersebut. Setiap orang juga ada tahap ketahanan tersendiri terhadap rangsangan seperti bunyi, cahaya, sentuhan dan yang seumpama dengannya.
Oleh itu, jika perkara ini menganggu perhubungan anda dengan orang sekeliling, saya nasihatakan anda untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Masalah kesihatan mental memerlukan penilaian rapi agar diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Maklumat yang anda berikan memerlukan sedikit penjelasan dan sebaiknya dilakukan bersama doktor pakar psikiatri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri bagi membuat penilaian kesihatan mental. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat surat temujanji dengan doktor psikiatri di klinik mereka atau hospital. Sekian