
Sulit
4 tahun
Sentuhan Tangan di hidung
Hi … saya beli barang di pasar Raya Dan pulang ke rumah…
Ketika sampai rumah sebelum basuh tangan sy buka face mask Saya dahulu… Ketika buka satu jari Saya tidak sengaja tersentuh hidung Saya. Lepas itu Saya cepat cepat basuh Muka Saya dengan tangan Saya dengan sabun
Adakah virus boleh masuk ke rongga hidung dengan cepat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memamahi kebimbangan anda mengenai penularan virus pandemik COVID-19 yang berlaku pada ketika ini. Untuk makluman anda, virus tersebut boleh merebak melalui cecair hidung atau paru-paru seperti ketika bersin dan batuk. Ia juga boleh melekat pada kawasan permukaan objek yang terdedah dengan cecair tersebut dari si pejangkit. Oleh itu, sekiranya virus tersebut terdapat pada tangan anda dan tangan anda telah menyentuh pada ruang hidung, mata dan mulut, maka kemungkinan virus tersebut boleh menjangkiti anda.
Namun, virus yang melekat pada permukaan objek atau kawasan adalah bergantung pada keadaan kawasan tersebut. Virus khususny COVID-19 mempunyai jangka hayat pada permukaan objek selama dalam tempoh 2 jam sehingga 9 hari. Kami harap informasi ini dapat membantu penjelasan untuk anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Virus Covid-19 ini merupakan sejenis organisma yang mempunyai membren Phospholipid bilayer, seperti juga macam bakteria dan organisma lain. Oleh itu dengan bercirikan tersebut, pembasuhan tangan menggunakan sabun atau menggunakan alkohol dapat menghancurkan virus tersebut. Masyarakat umum disarankan untuk membasuh tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat menggunakan sabun bagi menghilangkan virus tersebut pada permukaan tangan. Jika anda telah membasuh muka anda selepas tersentuh menggunakan tangan secara cemas, terdapat masih peluang untuk anda tidak mendapati jangkitan tersebut.
Akhir kata, kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom jangkitan COVID-19 seperti sesak nafas, sakit tekak, batuk, demam dan juga cirit-birit demi keselamatan anda dan orang sekeliling anda. Bersama kita bekerjasama untuk membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang melanda negara kita pada hari ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini