
Sulit
4 tahun
Seorang wanita yang berumur 23 tahun yang mengalami masalah perjadualan datang bulan yang tidak teratur dan datang bulan melebihi sekali dalam satu bulan
Hi, saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Baru baru ni, saya dapati period saya tidak teratur, walhal selama ini teratur saja. Saya baru sahaja habis period pada Ahad, 18/4/2021 dan pada hari Ahad yg lepas (25/4/2021), saya dapati ada keputihan serta tompokan darah di panties. Dan perkara tersebut berlaku juga pada keesokan harinya. Jadi persoalan saya, adakah tompokan darah tersebut merupakan darah haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala ini boleh dikategorikan sebagai ketidaktetapan atau haid yang tidak teratur. Haid wanita berlaku disebabkan oleh penurunan dan peningkatan kadar hormon di dalam badan. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara yang normal atau atas beberapa faktor:
- Masalah keseimbangan hormon
- Gaya hidup yang aktif
- Tekanan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai keputihan serta tompokan darah yang anda alami, ianya boleh dikategorikan sebagai pendarahan spotting. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Beberapa penyebab yang disenaraikan boleh menjadi penjelasan berlakunya gejala spotting, selain ia juga boleh merupakan pendarahan implantasi kehamilan. Selain itu, sesetengah wanita juga akan mengalami spotting sewaktu ovulasi.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!