Sulit
3 tahun
Separuh tiada deria bau
Hi doc ,Saya wanita umur 18 tahun saya mengalami separuh tiada deria bau dalam 2,3 hari lepas. Nak tanya sebab2 kenapa boleh terjadi macam ni?Bolehkah saya sembuh seperti biasa dan agak2 ambil masa yg lama tak? Sebab saya baru nak ambil spm so saya jadi panik, tambah dengan sy tengah hadapi sekarang ni. Please dokter balas tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk menjawab persoalan anda, terdapat beberapa sebab menghidu bau:
- Jangkitan pada hidung atau saluran pernafasan bahagian atas
- Kecederaan hidung atau kepala
- Polip dalam hidung ( nasal polyp )
- Ketumbuhan yang mengganggu saraf deria bau
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak mengetahui tempoh masa yang tepat untuk mengatakan bila deria bau anda akan kembali normal. Jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui sebabnya.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kondisi anda. Terima kasih.