Sulit
3 tahun
Seperti ada benda yang tersangkut dileher saya
saya wanita yang berumur 20 tahun,saya mempunyai simptom dimana lidah saya ada ketulan berwarna merah pucat pada hujung dalam lidah saya manakala dibahagian hujung leher bahagian kanan ada benjolan yang timbul,lalu saya rasa seperti ada benda yang tersangkut dileher saya.ini telah berlanjutan hampir dalam 1 minggu sdh.mengapa trjadi begitu ya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda] gejala ketulan atau benjolan pada hujung lidah boleh berlaku disebabkan masalah berikut
- Keradangan tonsil
- Gumpalan tisu fiber
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
- Ketumbuhan speerti tumour
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda