
Anonymous
5 tahun
Seperti ada ketulan di bahagian ari ari
Saya wanita berumur 28tahun… Mempunyai period yang tidak teratur… Dalam masa sebulan ini saya perasan terdapat seperti ketulan dibahagian ari ari sakit apabila ditekan dan semakin membesar… Tetapi saya tidak pasti apakah itu? Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan lanjut? Adakah kwtulan itu bahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.