
Sulit
5 tahun
Seperti ada sesuatu di kerongkong
Sejak 2 hari lalu saya mengalami gejala ini dan berasa tidak selesa seperti tercekik pil atau rasa ada benjolan kecil tetapi ia tidak menyakitkan atau menyebabkan saya batuk, mual, gatal dan saya boleh makan dan minum dengan normal. Cuma masa saya hendak menelan atau minum, saya agak sukar sikit untuk telan secara lurus di tengah lidah seperti normal seumpama ada sesuatu di tengah saluran di tekak atau kerongkong yang menyebabkan saya telan ke tepi lidah sama ada kiri atau kanan. Pada masa yang sama, saya rasa ada sesuatu yang bergerak di bahagian saluran kerongkong sama ada kiri atau kanan seperti mana cara saya telan tadi dan ia membuatkan saya rasa yang menjengkelkan. Untuk maklumat tambahan, sejak 2 minggu lalu saya mengalami sakit kepala kemungkinan tension headache dan hampir beransur pulih dan hanya rasa sakit secara sederhana di dahi saya buat masa ini. Apakah punca gejala yang saya alami doktor? Saya juga beranggapan yang saya mengalami gejala seperti Globus pharyngeus. Perasaan stress juga saya alami sejak kebelakangan ini cuma tidak lah sampai tahap yang tension. Apabila gejala ini timbul ia membuatkan saya rasa sedikit cemas dan risau jika ia belarutan lebih lama. Apakah yang perlu saya lakukan doktor? Adakah gejala ini boleh sembuh dengan sendiri nya walaupun dalam jangka masa yang lama?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsilitis
- Masalah thyroid
- Radang kelenjar limfa
- Tekanan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.