Sulit
6 tahun
Seperti penyakit gonorrhea
Sy lelaki… umur 32… mengalami masalah keluar kekuningan seperti nanah di alat sulit sy
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair kekuningan yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Nanah dari jangkitan saluran kencing
- Air mazi
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sekiranya anda mengalami kesakitan pada zakar ketika cecair tersebut keluar atau demam anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































