
Sulit
4 tahun
Serangan Gatal hanya waktu malam
Hello doc sy nak bertanyakan adakah penyakit kegatalan ini blh menyerang pd waktu malam shj? Sbb suami sye selalu gatal2 badan tanpa ade ape2 kesan kecuali kesan kuku selepas mandi…sye suspek dia alergik pd sabun…tp waktu pagi bila pakai sabun tidak pula gatal2…hnya waktu malam shj…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pruritis yang berkaitan dengan masalah buah hati. Pesakit akan mengalami kegatalan kulit sekiranya mempunyai kekuningan sekali.
- Ekzema.
- Dermatitis. Kesejukan waktu malam akan menyebabkan kekeringan kulit dan seterusnya kegatalan.
- Alahan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.