
Sulit
4 tahun
Sering berasa nervous
saya remaja perempuan berumur 17 tahun. saya sering mengalami perasaan nervous dalam apa jua perkara. contohnya jika guru memanggil nama saya untuk menjawab soalan, saya akan berasa nervous sehingga saya boleh menangis. sebelum ini, saya hanya biasa sahaja. saya juga sering berasa diri saya stress untuk menyiapkan kerja sekolah dengan situasi covid19 ini. saya juga sering berasa kecil hati dengan apa jua perkara. apakah yang sedang saya alami?

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gemuruh ( nervous ) dan overthinking . Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Social phobia
Bagi menentukan diagnosis sebenar, ia memerlukan pemeriksaan yang teliti daripada pakar. Hal ini bagi memastikan rawatan/ubat yang diberikan adalah tepat buat anda. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami amat menasihati anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.