
Sulit
3 tahun
Sering berasa panic berlebihan dan sering berasa takut sangat berlebihan
Hello doc, saya ingin bertanya berkaitan mental health. Saya sering berasa panic berlebihan, dan sering berberpikir sesuatu hal non stop hingga buat saya panic ketakutan dalam segala hal. Untuk nasihat doc, apa kah supplement yang bagus di cadangkan dengan keadaan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda mempunyai masalah perasaan panik, takut berlebihan serta sering berfikir perihal sesuatu perkara. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, fobia, kecelaruan panik dan lain-lain. Untuk mengetahui punca sebenar gejala anda, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor dalam seting klinikal.
Antara aktiviti yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan gejala tersebut adalah:
Bersukan secara sihat
Mengambil nafas yang dalam dan tenangkan fikiran
Pengakuan serta berfikiran positif
Mengurangkan pengambilan kafein
Meditasi atau mengamalkan aktiviti Mindfulness
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.