
Anonymous
4 tahun
Sering demam , sakit kepala dan mudah kena jangkitan seperti selsema , demam dan batuk
Saya wanita berusia 22 tahun . Saya sering mengalami demam pada waktu malam , sakit kepala , batuk . Kadang2 mudah terkena jangkitan seperti demam , batuk dan selsema . Doktor ada mengatakan saya ada jangkitan kuman dalam darah . Apa faktornya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangkitan kuman dalam darah boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Sebaiknya saya sarankan untuk anda bertanya kepada doktor yang merawat anda kerana saya percaya beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda.
Sekiranya ubat telah diberikan maka ubat tersebut harus dimakan seperti yang disyorkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.