
Sulit
4 tahun
Sering kebas pd kaki dan hujung jari bg kedua2 belah tangan
Saya seorg wanita berumur 39thn, dh hampir 4 bln sy sering kebas kaki dan hujung jari tangan bg kedua2 belah tangan…sy x tau apa masalah dan sering berasa takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis
- Carpal Tunnel Syndrome
- Cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- toksin
- masalah buah pinggang
- leprosy (kusta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.