
Sulit
5 tahun
Sering keluar darah melalui faraj
Doc…saya ingin bertanya masalah sering berlaku pendarahan melalui faraj.Ia kerap berlaku walaupun sudah habis waktu haid.Seminggu dalam 4x akan berlaku dan sekarang makin kerap berlaku.Adakah ia tanda kanser rahim??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang berlaku pada bukan waktu haid yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - faktor risiko seperti umur, ujian pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.