Janna

6 tahun

Sering loya, pening, demam dan sakit perut beserta haid tidak teratur

Assalamualaikum doktor. saya seorang pelajar 16 tahun. sejak dua menjak ini keadaan kesihatan saya kian menurun. Sering berasa loya pening demam dan sakit perut di bahagian kiri. Saya tidak dapat berdiri terlalu lama. Sekiranya berlaku demikian saya akan berasa loya dan pitam. Saya juga mengalami masalah haid tidak teratur iaitu pada tingkatan satu saya datang bulan hanya 3 kali setahun, tingkatan 2 selang 3 bulan, tingkatan 3 hanya 3 kali setahun dan tingkatan 4 iaitu kini, masih belum haid lagi. Saya juga semakin kurang selera makan. Berat ketika di tingkatan 1 adalah 35, tingkatan 2 36, tingkatan 3 37 dan tingkatan 4 38 tp turun lg kelmarin 36. Check di klinik, saya tidak hamil&tidak pernah melakukan persetubuhan. Jadi apakah masalah yg saya alami doktor? Terima kasih kerana menjawab.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera.

Tempoh haid yang berpanjangan, kitaran haid yang terlalu kerap, pendarahan yang banyak atau sedikit, ketiadaan haid untuk tempoh yang lama antara tanda-tanda anda mempunyai masalah haid tidak teratur. Dalam kebanyakan kes, haid tidak teratur dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Namun, terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan haid tidak teratur, termasuklah stress dan kehilangan berat badan yang melampau dan berat badan rendah. Lemak badan adalah penting dalam penghasilan estrogen yang cukup dalam badan.

Senaman yang terlalu berlebihan juga boleh meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar adrenal, tiroid dan kelenjar pituitari. Masalah tiroid boleh menjadi salah satu punca utama masalah haid tidak teratur di mana 15 peratus pesakit amenorrhea (tidak mengalami kedatangan haid) mempunyai gangguan tiroid.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita yang beri kesan negatif pada ovulasi. Apabila seorang wanita mempunyai PCOS, dia mengalami perubahan paras hormon seks yang boleh menyebabkan pertumbuhan bulu di badan dan muka yang tidak normal, berat badan bertambah, masalah gula dalam darah, jerawat, dan kitaran haid yang tidak teratur. Saya sarankan anda untuk bertemu doktor untuk rawatan lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)