Sulit
4 tahun
Sering menantuk walau dapat tidur yg cukup
Saya mohon dr jelaskan permasalahan saya yg mana walaupun telah mendapa tidur yang lebih dari cukup pada waktu malam 7 - 8 jam utk umur 30 akan tetapi waktu tgh hari akan tetap dtg mengantuk walaupun tiada aktiviti yang terlampau altif dilakukan. Adakah saya mengalami masalah kesihatan dan bagaimana utk mengatasinya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah berikut seperti ngantuk berlebihan dapat terjadi disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- Kurang tidur atau ketidakseimbangan diantara berat aktiviti dengan istirehat
- Obstructive sleep apnea
- Narcolepsy
- Obesity
- Kemurungan
- Kesan penggunaan sesetengah ubat-ubatan
Sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.