
Sulit
4 tahun
Sering mengalami keputihan berdarah. dikhuatiri melibatkan masalah kesihatan yang teruk. adakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan?
saya pelajar perempuan berumur 16 tahun , saya mengalami keputih yang mempunyai darah. adakah ini merbahayakan kesihatan untuk pelajar seperti saya? saya pernah mengambil suntikan hpv pada tingkatan 1 sebanyak 2 kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Kecederaan pada dinding faraj
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.