
Sulit
3 tahun
Sering merasa badan panas ketika tengah malam
saya wanita berumur 22 tahun, saya sering merasa badan saya panas ketika tengah malam dan tangan serta kaki saya pucat dan sejuk sejak 5 hari yang lepas, adakah disebabkan faktor penghawa dingin, saya juga sering alami masalah susah tidur kerana bahagian belakang kepala saya sering sakit, jika saya batuk sedikit effect dia pada kepala saya, apakah puncanya doktor, adakah ini disebabkan stress

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda kini risau akan kumpulan simptom yang dialami iaitu panas badan, kaki serta tangan kesejukan, insomnia, sakit belakang serta tengkuk terutamanya apabila batuk. Gejala ini berlaku terutamanya pada waktu malam. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan seiring dengan masalah demam. Antara penyakit yang mempunyai simptom sebegini adalah:
- Demam denggi
- Influenza
- Lymphoma
- Kesan sampingan vaksinasi
Walaubagaimanapun, diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, sejarah penyakit, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Oleh itu, kami menyarankan agar mendapatkan nasihat doktor anda atau bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.