
Anonymous
2 tahun
Sering muntah & berkentut
Saya wanita berumur 36 thn & baru berkahwin pada February 2019. Pd Mac saya mengalami kesakitan period yg teruk hingga memaksa saya merujuk ke hospital. Darah haid keluar tlalu byk pd hari ke2. Namun ianya bjln spt biasa (7 hari). April period saya normal. Namun pd May, sekali lagi saya mengalami kesakitan period spt mac tetapi darah keluar spt biasa. Saya cuma mengalami muntah teruk, keinginan thdp makanan, sakit period hingga dikhuatiri mpunyai fibriod & appendix. Setelah mjalani rwtn di hospital, ternyata tiada hal teruk & dimaklumkan adalah senggugut. Utk makluman Dr, saya jarang mengalami senggugut. Kisah muntah slps makan, sensitif dgn bau, kentut, mengidam mcm2 makanan, kekejangan abdomen & sakit kepala (x selalu) mula blaku dgn kerap pd Mac - Mei. Period pd Jun & Julai…alhamdulillah normal. Sebaliknya sekarang (ptghn Julai) saya mula mengalami muntah2 slps mkn (kdg2 byk & kdg2 sedikit shj), sensitif bau (kdg2), sering mengidam mcm2 mknn, sering bkentut tidak siang @ mlm hingga saya kdg2 merasai kekejangan perut spt kembung. Last period saya adalah 15/7/2019. Saya berasa kecewa krn sblm ini apabila sering mbuat ujian UPT slps period & merasai simptom sebegini result mmg negative. Jd, pd kali ini saya belum mbuat UPT tsebut krn masih menunggu next period (shd be on the 10,11 @ 12/8/2019). Cuma saya inginkan lepas tuan drpd Dr…adakah simptom yg saya alami selama ini & yg tkini menunjukkan saya pregnant? Apa yg perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak puan, gejala kehamilan bukanlah spesifik kepada mual muntah, mengidam dan sensitif bau sahaja. Walaupun ia sering dikaitan dengan kehamilan, dan kebanyakan ibu hamail mengalaminya, namun mengalami gejala tersebut tidak semestinya menunjukkan anda hamil.
Kehamilan hanya boleh dipastikan dengan ujian UPT dan juga pemeriksaan di klinik. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian UPT tersebut jika anda mengesyaki anda hamil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.