
arisyaismail38
5 tahun
Sering muntah dan sakit kepala yang teruk
saya lelaki berumur 23 tahun, seorang perokok aktif. sudah sebulan saya muntah setiap hari, selera makan berkurang, perut sering sakit di bahagian tengah, kdg2 sakit kepala yg teruk dan sakit dada seperti sukar bernafas. apakah penyakit yg mempunyai simptom tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - faktor pencetus seperti coklat, kafein, stres
- Sakit kepala tegang - akibat sakit mata, stres
- Dehidrasi - kurang minum air
- Anemia (Kurang sel darah merah)
- Masalah mata - seperti rabun/astigmatism, glaukoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.