Anonymous
3 tahun
Sering muntah muntah
saya sering muntah selepas makan hampir lima hari ia berlarutan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, maklumat yang anda berikan tentang gejala anda adalah kurang jelas. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan muntah, antaranya:
- Keracunan makanan
- Kembung perut
- Masalah saluran makanan tersumbat sama ada pada bahagian esofagus, perut atau usus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























