
Sulit
4 tahun
Sering pening kepala dan rasa ingin pitam
hi doktor, saya umur 26 tahun dan mempunyai masalah sering pening kepala dan rasa ingin pitam. Perkara ini sudah berlaku sejak 6 bulan yang lalu. Apakah masalah saya doktor? Harap doktor dapat bantu. Tq

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Salah posisi tidur
- Gejala berdengkur waktu tidur
- Kurang oksigen dalam badan
- Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
- Tekanan darah tinggi
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Anda rasa pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.