
nooranisadilla
5 tahun
Sering rasa dada seperti kena hempap
Saya sering merasakan sakit dada tidak kira waktu melakukan aktiviti fizikal mahupun tidak. Saya berumur 24 tahun

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca sakit dada boleh berlaku, seperti:
- Angina - kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung
- Sakit jantung - Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
- Serangan panik - Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
- Pedih ulu hati
- Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!