
Brahim
6 tahun
Sering sakit bahagian ulu hati hingga sukar bernafas
Assalamua’laikum dr, sy sering sakit di bahagian ulu hati. pedih sampai xboleh nk bernafas. bila baring rasa sakit tu lgi teruk. bila sakit ulu hati dada sy automatik sakit juga… sampai sy terpaksa tahan nafas saya dlm beberapa minit… Kadang2 klau sy gelak pn. dada sebelah kiri sakit…

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Pada pendapat saya, anda sedang mengalami penyakit refluks gastroesophageal atau biasanya dikenali sebagai GERD. Ia adalah keadaan di mana asid perut anda mengalir kembali ke esofagus yang merupakan tiub yang menghubungkan mulut anda ke perut. Dalam situasi yang normal, asid perut tidak akan refluks kerana terdapat sphincter pada pembukaan perut anda yang menghalang asid daripada keluar ke esophagus. Apabila sphincter menjadi lemah atau tidak normal, asid akan masuk ke esophagus.
Refluks asid mengganggu lapisan esophagus, menyebabkan simptom-simptom yang anda sedang alami. Simptom-simptomnya termasuklah pedih ulu hati dengan rasa terbakar di tekak, sakit dada, kesukaran menelan dan sensasi benjolan di leher anda. Gejala-gejala ini akan bertambah buruk apabila anda berbaring atau melangkau waktu biasa untuk anda makan. Selain itu, merokok dan pengambilan makanan pedas boleh membuatkan keadaan ini menjadi lebih teruk.
Terdapat beberapa yang boleh merawat GERD, seperti antacid, penghalang reseptor H2 dan inhibitor pam proton. Pastikan berjumpa dengan doktor anda sebelum mengambil ubat-ubatan.