
Sulit
4 tahun
Sering sakit bila bersama seperti luka
Saya berumur 28 tahun… Bila bersama suami saya…saya sering sakit macam luka celah kangkang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit ketika bersama.
Untuk makluman anda, sakit ketika bersama atau dikenali sebagai dyspareunia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Keadaan faraj yang kering berpunca daripada bersalin, menyusu, atau ubatan
- Jangkitan kuman seperti kulat atau jangkitan di saluran kencing
- Trauma di dalam faraj akibat bersalin atau lain lain
- Keradangan faraj
- Sista (cyst)
- Penyakit keradangan rahim (PID)
- Fibroid
Setiap kondisi di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Oleh itu sekiranya masalah yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan sakit ketika bersama:
- Gunakan pelincir larut air
- Lakukan hubungan seksual ketika anda dan pasangan anda relaks dan santai.
- Berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan anda mengenai kesakitan anda.
- Kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan hubungan seks.
- Mandian suam sebelum melakukan hubungan seks
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.