
Sulit
3 tahun
Sering sakit dada dan susah untuk bernafas / rasa seperti nafas pendek walaupun saya sudah tarik nafas dalam2
hi, saya wanita berumur 19 tahun. Sejak kebelakangan ni saya agak susah untuk bernafas, padahal saya tidak ada asthma. Perkara ini sering berlaku waktu malam. Boleh saya tahu apakah penyebabnya dan adakah ia memberi kesan buruk kepada kesihatan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Orthopnea
- Masalah jantung
- Obstructive sleep apnea
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Masalah psikologi:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala sedemikian berdasarkan soalan sahaja memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jangan lengahkan waktu dan segera berjumpa dengan doktor jika anda juga mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Pucat
- Lemah badan dan lesu
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Batuk berdarah atau berkahak
Masih mengalami masalah sakit dada dan sukar bernafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.