
Anonymous
6 tahun
Sering sakit kepala, Nyeri dada dan nyeri testis
Hello doktor…saya berumur 29 tahun. Kebelakangan ini, saya sering merasa pening kepala dan rasa nak pitam. Selain itu, dada tengah juga terasa sakit serta nyilu mengakibatkan susah hendak tidur malam terutamanya. Adakah itu kesan daripada ubat predisolone dan inhaler untuk pesakit asma yang baru saya ambil atau ada simptom penyakit lain yang doktor tahu. Selain itu, kadang juga terasa penat@sakit pada testis saya. Apa agaknya yang menyebabkan saya selalu merasa penyakit ini ya doktor iaitu sakit kepala kiri dan kanan, nyeri dada serta nyeri testis kadang-kadang. Mohon pencerahan secepatnya doktor. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, gejala sakit kepala dan sukar tidur boleh disebabkan oleh kesan sampingan prednisolone yang anda ambil. Antara kesan sampingan bagi prednisolone adalah:
- Jangkitan
- Pedih ulu hati
- Sukar tidur
- Sakit kepala
- Pening
- Mual
Berkenaan masalah pada testis anda, makumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
Sila rujuk dengan doktor anda tentang kesan sampingan ubat yang anda ambil dan sekiranya anda boleh mengambil ubat alternatif yang lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.