
Sulit
4 tahun
Sering sakit kepala pada bahagian kening, atas dan belakang kepala.sehingga loya dan muntah
Saya sejak 1-2 minggu ni sering sakit pada bahagian kening sehingga ke bahagian atas kepala. Dan mengakibat kan saya jadi loya dan muntah… Apa kah punca nya. Saya seorang mekanik dan berumur 35tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah / gejala yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, gejala sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula
- Migraine
- benign positional paroxysmal vertigo
- jangkitan telinga
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan Doktor
- Pengsan
- Sakit kepala berlanjutan tidak pulih dengan ubatan farmasi
- Muntah muntah
- Hilang keseimbangan badan
- Sakit yang terlalu kuat
Sakit kepala mungkin perkara biasa dan boleh disembuh dengan ubatan panadol, namun sekiranya ia berulang dan berlanjutan, ia menandakan penyakit yang lain di sebalik sakit kepala.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.