
yuanaelisa612
5 tahun
Sering sakot kepala bahagian atas kepala dan disertai dengan rasa panas dan mahu demam
Saya wanita umor 43,saya tiada pnyakit kronik, pernah cek darah di klinik, tiada pnyakit, tapi sering mengalami sakit kepala di bahagian atas kepala beserta rasa panas di kepala, kemudian di ikuti rasa badan panas mahu demam. Tolong beri penjelasan kepada saya tuan doctor

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diberikan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Antara punca demam ialah:
- Cuaca panas
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Sakit kepala pula boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.