
adeeb.ism06
5 tahun
Sesak Dada Rasa Lemas
Salam Doktor
Saya berusia lewat 30an. Sejak dua minggu ini, saya sering rasa lemas dan sesak nafas. Di bahagian dalam dada kiri dan tengah dada sering rasa tak selesa, lebih-lebih lagi selepas makan.
Sudah 5 kali ujian ECG dibuat, termasuk di IJN. Namun keputusannya negatif dan bebas dari masalah jantung.
Tekanan darah saya kadangkala tinggi disertai degupan jantung berdebar-debar.
Apa masalah saya sebenarnya, dan apa yang patut dilakukan.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang encik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan encik tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak encik, sesak nafas dan dada sempit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengurangkan simptom sesak nafas secara amnya, individu harus :
- Berhenti atau jauhkan diri dari asap rokok
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
Untuk mengetahui punca masalah yang encik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, encik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.