
Sulit
3 tahun
Sesak nafas, berat kepala
Doktor, saya wanita berumur 26 tahun dan sudah berkahwin hujung bulan 3 hari tu. Sejak dua tiga hari ni, saya rasa susah nak bernafas. Tapi bukan setiap masa. Sesak nafas tu jadi dalam 15 minit sehari. Badan saya pun rasa macam nak demam tapi tak demam. Rasa suam2 macam tu. Kepala pun rasa berat. Bawah perut saya bahagian ari-ari sebelah kanan rasa senak sikit. Kadang rasa macam kena cubit dari dalam perut. Ni pun bukan setiap masa. Ada masa2 saja rasa sakit tu. Ke ni tanda-tanda nak datang bulan ye? Sebab sepatutnya 18/6 ni due saya datang bulan. Tapi selama ni tak pernah pulak saya rasa macam ni kalau nak datang bulan. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala sakit kepala dan sesak nafas yang dialami oleh saudari. Berdasarkan kenyataan anda, sakit kepala boleh dan sesak nafas boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan sesetengah faktor, kedua-dua gejala ini boleh berkait. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala sakit kepala dan sesak nafas, seperti:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Jangkitan COVID-19
Gejala yang disebutkan oleh anda memerlukan pemeriksaan doktor segera kerana ia mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.
Anda juga disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.