Sulit
3 tahun
Sesak nafas,berpeluh dan Terasa bergoyang
Saya wanita 20’an,yang mana ketika saya baring,saya tiba2 saya mula rasa tidak selesa,yang pada mulanya hanya ingat tidak selesa kerana aircond,tpi mula susah nafas,dan berpeluh,tapi tidak sakit dada,saya cuba buat teknik pernafasan iaitu duduk tegak dan rileks sambil tarik nafas ikut hidung 2 saat tnpa buka mulut dan hembuskan 4 saat melalui mulut secara perlahan dn rileks,namun ketika saya buat teknik pernafasan tersebut kepala saya rasa bergoyang tapi tak pening atau sakit…
Adakah ini ada tanda2 gejala satu penyakit atau hanya sekadar angin sahaja ya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Obesiti
- Pneumonia
- Pengumpulan cecair dalam selaput paru-paru (pleural effusion)
- Pengumpulan cecair dalam abdomen (ascites)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.